Only you
Le' Propriétaire!

Instagram
Assalamualaikum .. Bounjour! Welcome to my wonderland .. Hope you'll have fun here .. ^^

Entries About Linkies Stuff

Ask Me?

Do you have any question? Do ask me here . :)



Tagboard



Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Myza
Others:   


Bukan ceramah, sekadar ingatan sahaja ^^


Assalamualaikum. Peace yaw !
First of all, saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat manusia, tak kira yang tinggal di Malaysia, ataupun diluar Malaysia. Kamu sudah baca doa akhir dan awal tahun belum? Alhamdulillah kalau sudah. Benda baik jangan dilewat-lewatkan. :)
Saya mau tanya nih, kamu sudah tunaikan ka azam tahun lalu? Bah, cepat-cepat laa kalau belum. Takut nda kesampaian pulak nanti.
Oh yaa, tadi saya on9 di 'twitter' then saya jumpa post bro Syed Syamim. Post dia tuh di'link'kan ke alamat facebook nih. So, saya nak minta jasa baik readers semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk keluarga arwah adik Adila. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...

*****

Hidup nih tak dapat dijangkakan. Yelah, hari nih kita sihat walafiat, tapi kita tak tahu apa akan jadi esok. Maybe kita masih bernafas dan maybe kita nama kita akan bertambah panjang. ;)
Cuba kita renungkan, berapa banyak sudah dosa yang kita buat. Tayang rambut dekat facebook, twitter. Tayang body dikhalayak ramai. Tak tahu ka korang yang semua tuh dosa. Ya, kubur lain-lain. Tapi tahu ka anda yang kami juga akan disoal di padang masyar nanti? Kenapa kami taknak tegur umatNYA? Kami boleh dikatakan berkomplot jugak tau.
Sedarlah, dunia hanya pinjaman. Harta, pangkat, gelaran takkan menjamin syurga buat kita. Saya membebel disini bukan nak tunjuk baik, tapi saya prihatin. Prihatin dengan nasib yang bakal menimpa kita di akhirat nanti. Bertaubatlah. Pintu taubat sentiasa terbuka buat umatNYA. :)
Kenapa kita nak ber'couple'? Tahukan benda tuh haram. Haram akan tetap haram. Selamanya. Jadi kenapa nak couple segala? Belum tentu lagi diorang boleh bantu korang merentasi titian Siratal Mustaqim nanti. Belum tentu jugak yang pakwe/makwe korang tuh la yang tertulis di Luh Mahfuz korang. Sedarlah.



Cinta tak perlu dicari, jodoh pasti akan datang. Cinta selepas nikah lagi nikmat dari cinta sebelum nikah. Masa tuh laa kita dapat rasakan cinta yang suci. Tenang hati kita tatkala berdampingan dengan si suami. Syaitan pun tak berani nak goda. ;D
Syaitan telah bersumpah yang mereka akan menyesatkan anak-anak Adam. Syaitan akan lakukan apa sahaja untuk menunaikan sumpah mereka tuh. Salah satunya dengan menghasut anak-anak muda untuk bercinta sebelum nikah. Apalagi ketika kita berdua dengan lelaki ajnabi. Masa tuh laa mereka akan menghitamkan hati kita. Kita tak sedar yang syaitan menjadi orang ketiga dalam pertemuan tuh. Sedangkan orang yang bertunang pun masih dikawal oleh muhrim/mahram dia apabila keluar berdua, inikan pula sepasang kekasih.
Ingatlah kata-kata Ustaz Azhar Idrus, "Boleh sekiranya kita nak pegang tangan si kekasih, tapi kena pegang tangan bapanya dulu."
Tahu tak apa maksudnya? Kahwin dulu baru pegang-pegang.
Okay laa. Saya tahu yang ramai  orang tak suka sangat baca entri yang panjang-panjang nih. [sebab saya pun begitu. ;D]


Wassalam. ;)

Nota kaki: Jangan memikat seorang wanita, jika anda tidak sedia cintakan dia. Jangan buat wanita jatuh cinta, jika anda tidak cintakan dia. Jangan memberi wanita harapan, jika anda tidak betul-betul pasti. Jangan sakitkan hati wanita, jika anda tiada hati untuknya. Jangan mainkan perasaan wanita, jika anda tiada perasaan untuknya. Haram jika jadikan wanita itu kekasih, jika tiada niat untuk menikahinya. -Ustaz Azhar Idrus

Labels: , ,