Only you
Le' Propriétaire!

Instagram
Assalamualaikum .. Bounjour! Welcome to my wonderland .. Hope you'll have fun here .. ^^

Entries About Linkies Stuff

Ask Me?

Do you have any question? Do ask me here . :)



Tagboard



Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Myza
Others:   


Kisah Cintaku


Assalamualaikum. Hyep peeps!
Hari nih saya nak cerita sal Kisah Cintaku dengan c dia yang sudah lupakan sy. [ah! sedih]

Cerita nih bermula ketika sy masih bercinta dengan lelaki yg bernama Junaedi. Pada saat kami membuat relationship di muka buku, dia pun datang dan mempost di wall couple sy tuh. Ayat dia lebih kurang macam nih "Uik, c butun diam-diam ubi berisi." Oh ya, lupa pulak nak gitau yg nama panggilan couple sy tuh Butun, lau di kampung la. So lepas tuh, sy pun komen post tuh. Hanya sekadar tergelak. Lepas tuh, kawan couple sy tuh add sy. So sy just accept la kan. Kawan couple sy, kawan sy jugak. Itu prinsip sy.
Selepas daripada hari tuh, hubungan sy dengan dia pun rapat. Tapi sy tak pernah lupa ngan couple sy tuh. Sy tetap sayang dia. hhe
Tapi selepas sebulan sy kenal ngan kawan couple sy tuh, couple sy pulak minta break ngan sy. Sy pun frust. [frust ke? x ar, biasa jea] Lepas seminggu, kawan dia pulak nak couple ngan sy. So sy just accept la. Sy pun masih budak lagi. Belum matang sepenuhnya. Kawan dia nih name dy Barhan. Dia tinggal dekat ngan rumah c Junaedi tuh. Tapi c Barhan nih sekolah di SM Teknik Tawau, manakala c Junaedi pula sekolah di SMK Kunak, tempat tinggal mereka berdua. Entah mengapa, sy rasa lain kalau bercakap ngan c Barhan nih di telefon. Tak macam c Junaedi. Sy rasa dah lama kenal ngan dy, walaupun sebenarnya sy lebih awal mengenali c Junaedi dr dy. Semakin hari, sayang sy sama dy makin bertambah. [ceh, macam crita d novel la pulak] Sebelum nih, sy bercinta jugak, tapi tak la serius macam ngan dia nih. Apa la dy guna sampai sy madly in love ngan dy.
Dia nih tak la hensem sangat, biasa-biasa jea. Tapi ramai org ckp yg dy tuh hensem. Ntah la. Korang nilai la sendiri erk. Bawah nih pic dy.


Ada jugak dia ajak sy jumpa di Tawau, tp sy takut. Bukan takut nak jumpa dy, tp takut ngan parents. Sy takda alasan nak bagi. Kalau sy ckp sy nak jumpa dy nih, da sah-sah sy tak hidup sampai sekarang. Parents sy nih oke, tp bab cinta nih, dorg sensitif sikit. Dorg taknak anak dorg bercinta sebelum berjaya dalam pelajaran.
Dia pun tak kisah. Tapi, ada satu hari tuh, sy try la guna pic dy sbg profile pic sy dlm mukabuku. Lepas tuh, bekas cikgu sy tegur sy. Dia ckp dia pernah nampak sy jalan ngan prempuan. Perempuan tuh tak pakai tudung. Rambut dy pendek. Saya pun hairan la. Takkan la sy pulak yg jalan ngan boy sy. Tak pakai tudung pulak tuh. Dengan tidak puas hatinya, sy pun cepat menekan punat hp. Sy tanya boy sy, pernahkah dy keluar dengan perempuan sebelum nih. Dia cakap tiada. So sy pun, ckp balik ngan cikgu sy tuh, sy cakap tiada dan mungkin dy salah orang. Tp dy meyakinkan sy, dy ckp org yg dy nampak tuh memang org yg dalam pic tuh. Sy pun risau. Sy suruh boy sy terus terang. Tp dy masih tak mengaku. So sy just let that gossip go away like nothing happened. Selepas tuh, kami takda bincang pasal benda tuh.
Selepas 6 bulan, sy bercinta ngan dy, sy rasa sayang sangat hinggakan sehari tak sms ngan dy tak sah. Satu hari tuh, sekolah sy mengadakan satu perkhemahan. Perkemahan Perdana yg diadakan setiap tahun untuk semua unit beruniform. Sy dan VVIP yg lain pun cadang nak ikut khemah tuh, memandangkan unit kami tak cukup murid nak hantar wakil. Sebelum tuh, berat jugak sy nak ikut, sebab family sy nak buat kenduri di rumah sy. Selain itu, sy jugak rasa tak sanggup nak tinggalkan boy sy. Tapi dengan pujukan cikgu sy sy pun setuju nak ikut khemah tuh memandangkan cikgu tuh kenal ngan abg sy.
Balik dr skolah, sy trus text dy yg sy nak ikut khemah. Mulanya dy tak suka sebab dy takut nanti sy tak sms dy, tapi sy ckp sy tetap sms dy sbb sy dah plan nak bwa hp time khemah tuh. Tapi malangnya, time khemah tuh semua hp kena ambil oleh cikgu. Cikgu ckp nanti hilang kami jugak yg susah. So sy bagi jea la. Lagipun balik nanti sy ble trus sms dy.
Sepanjang perkhemahan tuh, sy langsung tak fikir sal dy, yg sy fikir cuma nak happy jea time khemah tuh. Lagipun time khemah tuh sy tersangat busy dan sy pasti kalau sy pegang hp tuh mesti sy tak dpt nak sms dy.
Lepas habis jea khemah, sy terus sms dy. Tapi tiada balasan. Begitu la dengan hari-hari yang seterusnya. Sy pun risau. Takkan dy marah ngan sy pasal khemah tuh. Sy terus jugak sms dy, tapi hampeh! Satu sms pun dy tak balas.
Then, pada 7 August 2011 sy log in d mukabuku. Terus sy check notification sy. Sy ckeck satu-satu noti yg ada. Sy tengok ada perempuan komen di gambar boy sy. Sy tak kenal sgt ngan perempuan tuh. Then sy add perempuan tuh. Dy confirm. Sy pun beranikan diri chat ngan dy. Sy tny dy kenal ka ngan boy sy. Tapi time tuh sy masih tak gitau yang sy nih girl dy. Then perempuan tuh jawab dy kenal ngan boy sy. Sy pun tny apa hubungan dy ngan boy sy. Alangkah terkejutnya sy apabila mendapat tahu yg perempuan itu merupakan girlfriend boy sy. Argh! Sy tak dpt terima semua nih. Perempuan tuh tny sy nih ada apa ngan boy sy tuh. Dengan jujur sy ckp dy tuh boy sy. Perempuan tuh tak percaya. Dy ckp, dy sak girl yg boy dy ada. Punya la sy sedih. Mcm nak nangis jea. Tp sy tak mahu keluarkan air mata sy pd masa tuh, memandangkan mak sy ada dekat sy. Then perempuan tuh cakap yg boy sy suruh sy lupakan dia. Dia sudah ada girl baru. Sampainya hati dy buat sy macam nih. Sy rasa macam org bodoh jea. Senang-senang jea dy nak tipu sy. Yang paling menyakitkan hati apabila saya mendapat tahu yang dy dengan perempuan tuh sudah lama bercinta. Sebelum dy bercinta dengan sy lagi. Hancur! Hancur hati sy time tuh. Sy ada janji ngan dy, kalau dy tinggalkan sy, sy takkan cari boy lain dan janji itu sy sentiasa pegang sampai sekarang. Setiap kali sy on9, sy mesti check profile dy. Tapi dy buat acc baru dan langsung tak add sy sebagai rakan dy. Sedihnya sy! Allah saja yang tahu.
One day, sy dapat tahu dy tukar girl baru dan selepas sebulan, dy tukar lagi yang baru. Ya Allah! Dia masih lagi dengan perangai lama dia. Kenapa la dy tak boleh nak berubah. Berubah la sayang.
Saya masih tak dapat lupakan dia sampai sekarang. Kawan sy ada jugak suruh sy cari pengganti dia, tapi saya degil. Tetap jugak ngan pendirian bodoh sy tuh. Taknak couple kunuk!
Sekarang barulah sy sedar, tak guna jugak sy tunggu dia. Bukannya dia nak balik ngan sy pun. Mula hari nih, sy akan belajar untuk lupakan dia. Insya`Allah.

Jika kita cinta seseorang, lepaskanlah dia pergi kerana sekiranya dia jodoh kita, tak kira apa pun yang terjadi, dia tetap akan kembali dengan kita.