Only you
Le' Propriétaire!

Instagram
Assalamualaikum .. Bounjour! Welcome to my wonderland .. Hope you'll have fun here .. ^^

Entries About Linkies Stuff

Ask Me?

Do you have any question? Do ask me here . :)



Tagboard



Rewind



Credits!

Template: Miza Nation
Basecode: Atiqah
Owner By: Myza
Others:   


40 Fakta Dunia



Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggarboleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan hidupan baru melalui proses mutasi ( perubahan genetik ).


Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.


Dalam secawan kopi, terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.


Orang yang menggunakan tangan kanan hidup 9 tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.


Secara purata, seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang meminum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.


Diserata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan, tetapi di Philippine ia merupakan senjata merbahaya.


Hanya terdapat 4 buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar 300 milimeter.


Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.


Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir. Selebihnya untuk aktiviti lain untuk mencetuskan pergerakan luar kawalan.


Ketika bersin, semua organ badan tidak berfungsi termasuk jantung.



Kerosakan otak akan berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi daripada 41 darjah celcius.


Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.



Ngauman singa boleh kedengaran sejauh 3 kilometer.



Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.



Dianggarkan 80% haiwan dimuka bumi adalah serangga.



Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.



Andai semua bongkah air batu dianggarkan 23 juta kilometer padu didunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sedia ada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan. 



Sungai Huang Ho di gelar sebagai sungai derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.



Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah celcius dibawah paras beku, pernah di catitkan.



Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.



Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. 2 kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.



Najis daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama 5 jam.



Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.



Jantina kura-kura boleh di kenalpasti melalui bunyi yang dihasilkan.



Jika anda menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.



Pada tahun 1848, air terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.



Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.



Batu karang terbesar yang pernah di keluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.



Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensetif deria baunya.



Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak dapat menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.



Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai bar code bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai bar code adalah chewing gum Wrigleys.



Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.



Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga 4 atau 5 kali ganda ketinggian orang itu.



Haiwan yang paling banyak di muka bumi ialah semut. nisbahnya adalah 1 juta bagi setiap orang.



Tanduk atau badak sumbu bukan berasal daripada tulang belulang tapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.



Jambatan gantung berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.