Le' Propriétaire! Assalamualaikum .. Bounjour! Welcome to my wonderland .. Hope you'll have fun here .. ^^ Ask Me? Tagboard Rewind Credits!
| 20 Fakta Menarik Tentang Islam
Tahukah kamu bahawa ternyata nama yang paling banyak di gunakan di dunia ialah Muhammad dan disusuli dengan nama Jack. Albania merupakan satu-satunya negara di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam. Perkatan berikut adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, zero, cotton, sofa, rice, candy, safron dan balkoni, bahkan Alcohol juga berasal dari bahasa Arab, Al-kuhl ( bubuk ) yang kemudiannya di serap ke dalam bahasa Inggeris. Beberapa ayat di Al-quran menggambarkan betapa pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Perkataan lelaki dan wanita di dalam Al-quran masing-masing berjumlah 24. Islam adalah merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia. Menurut banyak sumber, di jangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. Jikalau sekarang Al-quran dihancurkan, maka versi Arab dari Al-quran akan segera di recover oleh jutaan muslim yang disebut Huffaz yang telah menghafal kata-kata di dalam Al-quran dari awal hingga akhir ayat. Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat di bandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri 2.3% per tahun. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, di anggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( stats 1997 ). Seramai 8 juta orang Islam yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. Jasad Nabi Muhammad s.a.w pernah ingin di curi 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah seorang pencuri itu dihilangkan oleh Allah s.w.t dari bumi. Subhanallah. Al-quran adalah satu-satunya kitab suci yang boleh di hafal jutaan manusia. Keaslian dan kesuciannya juga selalu di jaga. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan lainnya, maka Al-quran hanya ada satu dan tiada pertentangan di dalamnya. Para astronaut telah menemukan bahawa planet bumi itu mengeluarkan radiasi yang berpusat di kota Makkah, tepatnya berasal dari Ka`abah. Yang mengejutkan ialah, radiasi itu bersifat infiniti ( tidak berakhir ), radiasi tersebut menembus planet Marikh dan berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka`abah di planet bumi dengan Ka`abah di alam akhirat. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah, " ummati...ummati...ummati " yang mengungkapkan betapa besar cinta baginda kepada umatnya. Solat yang pertama di lakukan oleh Rasulullah s.a.w menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni perang Uhud. Musa a.s adalah nama yang sering di sebut dalam Al-quran, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang di sebut dalam Al-quran. Semua anak Rasulullah s.a.w, Al-qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah s.w.t sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru. Hajar Aswad di turunkan dari syurga. Warnanya lebih putih dari susu dan dosa-dosa anak Adam lah yang menjadikannya hitam. Al-khawarizmi ( matematik ), Jabir Ibn Hayyan ( kimia ), Ibn Khaldun ( sejarah & sosiologi ), Ibn Sina ( kedoktoran ), Ar-razi ( kedoktoran ), Al-Biruni ( fizik ) dan Ibn Batutah ( antropologi ) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. |