Le' Propriétaire! ![]() Assalamualaikum .. Bounjour! Welcome to my wonderland .. Hope you'll have fun here .. ^^ Ask Me? Tagboard ![]() Rewind Credits!
| Perkahwinan
" Diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan diantara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " ( ar-Ruum: 21 ) Manusia akan menghadapi pelbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan diantara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat di elakkan. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan dan peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, samada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
|